Saya terpanggil untuk menulis sedikit pandangan peribadi saya mengenai skim belian emas secara ansuran yang baru2 ini tiba2 saja menjadi popular kerana menggunakan artis2 terkenal sebagai ikon kepada syarikat yang dikenali sebagai Serambi Emas.
Apa yang saya faham, skim yang ditawarkan amat mirip dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat yang pernah di serbu oleh Bank Negara sebelum ini atas kesalahan AMLA (Anti Money Laundering) dan BAFIA (Bank And Finance Act.) iaitu syarikat Etika Emas Estet, malah ada sumber yang mengatakan Serambi Emas juga merupakan serpihan dari syarikat Etika Emas, namun sejauh mana kebenarannya, Wallahua’lam.
Mereka menawarkan ketulan jongkong emas 999.9 dengan berat minimum 100g setiap satu, dan harga emas yang ditawarkan adalah berpandukan kepada nilai gadaian (Nilai Marhun) yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu Agro Bank. Contoh:
Nilai Gadaian Agro Bank ketika ini RM 165.80 x 100g = RM 16,580.00
Untuk makluman, walaupun ketika harga emas rendah, sebagai contoh harga emas PG pada waktu itu hanya sekitar RM 15,800.00, namun harga yang mereka jual tetap RM 16,580 kerana nilai gadaian Agro Bank tidak turun walaupun harga semasa emas turun. Ini telah merugikan pembeli kerana membeli emas pada harga yang amat tinggi.
Pembeli hanya perlu membayar sebanyak 35% dari harga emas, iaitu kira2 RM 5803.00 kepada syarikat, dan wakil syarikat bersama2 pembeli akan ke Agro Bank berhampiran, dan emas 100g tersebut akan digadaikan diatas nama si pembeli.
Agro Bank akan membayar sebanyak 65% dari nilai gadaian Emas yang tadi iaitu sebanyak RM 10,777.00 dan wang tersebut akan diambil oleh wakil syarikat tadi, menjadikan wang yang diterima oleh syarikat sebanyak RM 16,580.00 iaitu harga emas yang tinggi tadi.
Manakala si pembeli pula kini menanggung beban hutang kepada Ar-Rahnu sebanyak RM 10,777.00 yang mana mengikut kata si penjual tadi kini pembeli hanya perlu membayar secara ansuran berserta upah simpan kepada Agro Bank sebanyak 0.75% sebulan sehinggalah hutang tersebut habis dibayar barulah emas tersebut dapat diambil dan menjadi milik si pembeli sepenuhnya.
Pada pandangan saya ini lebih membebankan lagi kerana harga yang dibayar oleh si pembeli untuk memiliki emas tadi akan menjadi lebih tinggi berbanding nilai sebenar. Sudahlah harga jualannya tinggi, ditambah pula dengan upah yang perlu dibayar jika ianya mengambil masa sehingga 3 tahun untuk melangsaikan bayaran kepada Agro Bank, bayangkan berapa lebihan harga yang telah dibayar!!
Saya melihat ini hanya sebagai skim yang menggunakan emas sebagai medium untuk mengaut keuntungan dengan mempercepatkan jualan sahaja, soal untung rugi pembeli adalah soal yang kedua. Saya juga mendapat maklumat yang syarikat tidak menawarkan jaminan belian semula, bermakna pembeli perlu menjualnya kepada individu atau kepada kedai emas yang biasanya akan membeli pada harga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa!
Saya lebih suka menasihatkan agar membuat pinjaman peribadi untuk membeli emas berbanding membeli emas dengan hutang dari gadaian arrahnu. Sekali imbas seperti sama saja, tapi hakikatnya jauh berbeza kerana jika anda membuat pinjaman peribadi dan digunakan untuk membeli emas, saya akan memberi cara terbaik untuk anda melangsaikan hutang tersebut dengan cepat iaitu dengan cara membayarnya menggunakan emas.
Manakala jika anda berhutang kepada Ar-Rahnu untuk membeli emas, dan hutang tersebut dibayar dengan duit kertas, ianya akan mengakibatkan hutang itu akan menjadi lebih banyak disebabkan oleh kadar upah simpan dan tempoh untuk menyelesaikannya juga akan menjadi lebih panjang disebabkan susut nilai matawang / inflasi.
Tidak salah jika saya katakan, emas yang anda beli telah menjadi beban atau liabiliti kepada kewangan anda, bukan lagi aset pelaburan kerana ianya tidak memberi apa2 pulangan langsung, sebaliknya anda yang perlu membelanjakan wang untuknya, sekaligus membuatkan perbelanjaan anda meningkat.
p/s: Dah ramai jugak member juara emas yang terkena dengan cara mcm ni, ada juga agen syarikat lain yang menggunakan taktik sama seperti ini, antara helah yg diberitahu oleh member juaraemas..dorang hanya bercerita tentang keuntungan sahaja, risiko kerugian dorang tak cerita... harap yang belum terkena berhati-hatilah...hubungi saya taufik ditalian 013-7456544.
credit elabur jutawan.com