Friday, 14 October 2011

Apa itu emas 24k?

Ramai yang keliru maksud emas 999. Walau bagaimanapun semua orang bukannya terus sahaja tahu apa itu emas 999.9 sebaik sahaja lahir...apakah maksudnya dan apakah nilaiannya? Begitu juga saya yang dahulu pun tak tahu apa maksud Emas 999 sehinggalah saya mencari jawapannya.


Emas 999 ialah 99.9% keasliannya, sebab itulah panggilannya Emas 999. Emas 999 juga kadangkala dipanggil emas 24k ( k = karat ).


Berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya


Emas 24k (99.9% ketulenan atau lebih tinggi / emas sepuluh)
Emas 22k (emas 916, 91.6%)
Emas 21k (87.5%)
Emas 20k (83.3%)
Emas 18k (75.0%) emas yang mempunyai batu/permata.
Emas 14k (58.5%) emas campur, biasa digunakan orang-orang dahulu.
Emas 10k (41.7%)
Emas   9k (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.





p/s: kalau nak lubuk emas tulin pun sy tahu,ada modal kita cerita ea...hehe