Friday, 25 March 2011
Pelaburan Emas dan Perak..
1. Emas dan perak adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas dan perak disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas dan perak, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dan perak dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas dan perak sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.sila rujuk post2 saya yang lepas..
4. Pelaburan emas dan perak tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas dan perak bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas dan perak.... Ya!!!!!!!! Anda kena melabur sambil berniaga emas dan perak..
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas dan perak akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas dan perak.
Contohnya ialah:
i. Kitco (http://www.kitco.com/)
ii. The Bullion Desk (http://www.thebulliondesk.com/)
iii. Goldsilver.com (http://www.goldsilver.com/)
iv. Mineweb (http://www.mineweb.com/)
v. Casey Research (http://www.caseyresearch.com/)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
Untuk pengetahuan semua,harga emas sedang mendaki tinggi sejak beberapa minggu yang lalu dan ini mungkin juga disebabkan kejadian Tsunami yang melanda Jepun dan krisis di Libya baru-baru ini kembali mendaki semula ketika dipasaran New York dibuka minggu hadapan.
Saya menjangkakan pendakian emas akan berterusan sebaik sahaja pasaran dibuka pada hari isnin ini.
Saya juga menjangkakan akhibat dari bencana alam yang berlaku di Jepun dan serangan Tentera Bersekutu ketika ini,permintaan terhadap komoditi terutamanya gold and Silver akan meningkat.
Kepada yang ingin menambah stok ataupun mendaftar dealer baru,saya mencadangkan agar membuat Locking Price pada hari ini.Kepada sesiapa yang ingin mendaftar sebagai ejen ,anda boleh menghubungi saya ditalian 013-7456544 (Taufek)...moga jumpa lagi di posts yg akan dtg...ingat emas...ingat juaraemas.blogspot.com...terima kasih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment