Sunday, 27 March 2011

Pembiayaan Kos Haji Dengan Dinar Emas


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Peminat-peminat Emas
Salam Ukhwah,Salam 1 Emas,
Hari ini kita membicarakan tentang menunaikan Haji menggunakan Dinar Emas.Pasti pembaca blog saya rasa pelik apa kaitan di antara Dinar Emas dan mengerjakan haji?. Apa-apa pun mari layan dulu cerita saya ini.
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”
Secara kiraan mudah, kita akan dapat lihat bahawa setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas menunjukkan penurunan.
MENGAPA?
KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!
MARI KITA LIHAT KEBENARANNYA MELALUI KIRAAN MUDAH APABILA KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
1.       Dengan menganggarkan kos mengerjakan haji RM9000++, mari kita lihat kebenarannya:
Tahun 2002:-


1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 kepingX RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.



Tahun 2011 (Rujuk Jadual):-


1 Dinar = RM655
Kos Haji = 14 keping (ikut jadual) X RM 655
Jumlah = RM9170.00
Dinar yang diperlukan adalah 14 keping.


Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2011 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!
CARA PENGIRAAN:-
Dengan andaian.pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2011
Kos Haji pada tahun 2011 = RM9170.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2011:-


RM42,575.00(nilai Dinar pada tahun 2011) - RM9170.00 (kos haji) = RM33,405.00

Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2011 :-


RM33,405.00 /RM655 = 51keping.


KESIMPULAN:-
Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak 33.3-39% p.a. Andaian ini mengikut peningkatan seperti di graf dibawah:

Maksudnya,anda mungkin hanya perlukan 10 keping dinar sahaja untuk membiayai kos haji pada tahun 2015 berdasarkan kepada peningkatan harga emas dari tahun kebelakangan ini… Marilah kita sama-sama mulakan dengan menyimpan Emas Dinar mulai hari ini… Jika 1 Bulan 1 Dinar atau 2 Bulan 1 Dinar pada harga semasa sekarang RM 655 ( Mac 2011 )
Jangan segan silu untuk menelefon saya (Taufik 013-7456544) untuk mendapat dinar emas sebagai simpanan dan pelaburan anda...terima kasih

No comments:

Post a Comment